Hazama- saya meminati suaranya ketika kali pertama dia gagal dalam saringan untuk masuk AF3 bersama Mawi ketika itu. Hazama mempunyai suara yang unik dan dalam usianya yang masih muda dia menunjukkan usaha gigihnya untuk menjadi penyanyi yang berjaya.
Akhirnya AF9 adalah miliknya apabila dia dinobatkan sebagai juara. Berbalik kepada lagu 'Pokok' ini di rakamkan sebelum dia menyertai Akademi Fantasia 9 bersama kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH)yang telah ketiadaan Vokalis utamanya Lan. Memang saya tidak pernah mendengar lagu ini sehingga ia didendangkan oleh Nubhan seorang peserta AF6 yang menggantikan tempat Hazama yang juga meninggalkan MUH.
Liriknya amat mudah dan iramanya sangat senang dan dekat kepada mereka yang meminati muzik altenatif dan rock. itulah muzik MUH. Syabas kepada pencipta, pemuzik dan penyanyi yang telah berkolaborasi sehingga merangsangkan keindahan lagu ini.
Liriknya sangat puitis sehingga banyak tafsiran yang boleh diberikan ke atas liriknya. Namun saya lebih menyakini bahawa lagu ini lebih untuk mengajak pendengar berfikir tentang harapan atau impian hidup yang kecundang. Dengan memerhatikan alam sekeliling kita akan mendapat jawapannya. Kita yang penuh dengan keinginan mengejar kemahuan dan kadang kala terlupa apa yang perlu. Hidup ini sebenarnya tak mudah tetapi juga tidak juga susah semuanya atas pilihan sendiri. Perhatikan lirik yang ringkas dan penuh dengan kiasan.
Terlalu mahu dan mahu
terlupa apa yang perlu
...
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
...
keindahan bait-bait lagu ini membuatkan saya tidak jemu-jemu mencari maksud sebenar penulisnya dan dalam banyak keadaan saya menemui banyak maksud yang berlainan.
Tuesday, August 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment