Tuesday, August 16, 2011

Aku dan Lagu - Pokok

Hazama- saya meminati suaranya ketika kali pertama dia gagal dalam saringan untuk masuk AF3 bersama Mawi ketika itu. Hazama mempunyai suara yang unik dan dalam usianya yang masih muda dia menunjukkan usaha gigihnya untuk menjadi penyanyi yang berjaya.

Akhirnya AF9 adalah miliknya apabila dia dinobatkan sebagai juara. Berbalik kepada lagu 'Pokok' ini di rakamkan sebelum dia menyertai Akademi Fantasia 9 bersama kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH)yang telah ketiadaan Vokalis utamanya Lan. Memang saya tidak pernah mendengar lagu ini sehingga ia didendangkan oleh Nubhan seorang peserta AF6 yang menggantikan tempat Hazama yang juga meninggalkan MUH.

Liriknya amat mudah dan iramanya sangat senang dan dekat kepada mereka yang meminati muzik altenatif dan rock. itulah muzik MUH. Syabas kepada pencipta, pemuzik dan penyanyi yang telah berkolaborasi sehingga merangsangkan keindahan lagu ini.



Liriknya sangat puitis sehingga banyak tafsiran yang boleh diberikan ke atas liriknya. Namun saya lebih menyakini bahawa lagu ini lebih untuk mengajak pendengar berfikir tentang harapan atau impian hidup yang kecundang. Dengan memerhatikan alam sekeliling kita akan mendapat jawapannya. Kita yang penuh dengan keinginan mengejar kemahuan dan kadang kala terlupa apa yang perlu. Hidup ini sebenarnya tak mudah tetapi juga tidak juga susah semuanya atas pilihan sendiri. Perhatikan lirik yang ringkas dan penuh dengan kiasan.

Terlalu mahu dan mahu
terlupa apa yang perlu
...

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
...

keindahan bait-bait lagu ini membuatkan saya tidak jemu-jemu mencari maksud sebenar penulisnya dan dalam banyak keadaan saya menemui banyak maksud yang berlainan.

Monday, July 04, 2011

Tepu bila lama tak menulis...

Wah lama sungguh tak mencatatkan apa-apa di blog padahal banyak peristiwa yang melewati hidup aku nih. Pasal kena marah dengan bos, pasal kawan, pasal kucing si Cumel dan si Tam aku. semuanya kerana kesuntukan masa. aku sibuk nak habiskan novel aku yang ke-3 yang belum berjudul. (Kalau ibarat orang tak ada namalah gitu).


Novel itu tu sebenarnya bukan takde judul. dari awal buat dah beri nama Mek Som. tapi bila tulis sampai panjang-panjang, rasa macam tak best. macam nak tukar lagi. tapi aku belum jumpa judul yang umph.


Sabtu lepas aku kat Pesta Buku Selangor di SACC. Nak tau jumpa lak ngan bos aku tempat aku kerja. tapi aku tak lah kelam kabut sebab aku memang sedar apa yang aku buat ni sebagai kerja part time. Bos aku cakap kat bos penerbit novel aku yang dia tunggu novel percuma dari aku. tup tup bos penerbitan yang keluarkan aku novel ut bagi kat dia novel yang ada tandatangan aku. Aduyai..aku pun tak tahu nak komen apa lagi...

Sunday, April 17, 2011

Apa sudah jadi dengan diriku?

Dulu masa bina blog ini aku berangan-angan mengisi luahan hati di sini, kerana merasakan di sini tempat yang paling selamat melontarkan segala-galanya. Tetapi entah mengapa yang terjadi tidak begitu. Aku tidak berani atau masalah masa? Yalah aku merasakan kebelakangan ini 24 jam yang diberikan aku aku tidak cukup untuk berbuat apa-apa.

Aku hilang semangat dengan hidup? Sering pertanyaan itu aku lontarkan kepada diriku. Mungkin juga kerana memikirkan apa yang aku miliki perlahan-lahan mulai pergi dari hidupku sedang aku mula menggapai sesuatu yang baru. Menjadi penulis novel. Sangat gah bunyinya. Aku sudah mencapai apa yang aku inginkan tetapi untuk mengekalkan status itu supaya aku terus berkarya dan tidak hanya dengan satu novel itu amat susah dah mulai aku rasakan sekarang walaupun dalam tanganku ada novel baru yang sedang aku tangani.

Ada sahaja pancaroba yang aku harus lalui kerana penulisan itu aku lakukan hanya sebagai sambilan bukan sepenuh masa. Kadang kala pulang ke rumah aku terlalu penat dan langsung terlena tanpa menyentuh apa-apa dan bekulah novel ke 3 aku itu di dalam thumb drivenya. Setiap hari aku cuba menulis sekurang-kurangnya satu muka di sebelah pagi dan satu muka di sebelah malam. Kadang-kadang ia menjadi dan sering kali ia menjadi tahi mata.

Biarpun novel itu cuma tingga separuh lagi untuk dihabiskan tetapi aku rasakan aku terpaksa mengambil masa mungkin dua bulan lagi menyiapkannya. Hari ini pun aku merancang untuk menulis lagi dengan lebih banyak helaian tetapi apakan daya ada panggilan pejabat menuntut aku datang dan menyiapkan kerja-kerja tertangguh. Aduhai, bilalah aku akan menjadi jutawan agar aku tidak lagi melalui hari-hari seperti ini. Hari di mana aku celik mata dari tidur dan bebas untuk melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran.

Monday, March 21, 2011

Aku dan Lagu - Kanda Dinda (Monoloque vs. Atilia)



Sangat suka dengan lagu ini. Iramanya tak susah. Mudah simple-simple saja. Tetapi mesej yang dibawakannya menuntut kita supaya saling faham memahami, bertoleransi, berkomunikasi ketika berhadapan dengan ketaksamaan dan sebarang perbedaan.

Mesej lagu ini sangat sesuai dipraktikkan dalam kehidupan hari ini bukan sahaja kepada pasangan suami isteri tetapi juga dalam semua kelompok masyarakat. Lagu ini adalah lagu yang saya kira amat tepat untuk Atilia dikenali ramai. Dahulu saya pernah dengar Atilia berduet dengan ibunya Salamiah Hasan dalam album ibunya yang meletup-letup lagu Menghitung Hari. Tetapi lagu itu tidak menyerlahkan suara Atilia. Ye la ketika itu beliau masih kanak-kanak.

Semoga anda juga sukakan lagi ini. Belum ada karaoke lagi barangkali. Kalau sudah ada mesti jadi lagu paling hits diminta sebagaimana lagu-lagu dari kumpulan Wali Band. Mari kita hayati senikatanya dan renungkanlah ia sedalam-dalamnya.

Tuesday, March 08, 2011

Aku dan Lagu:Cinta Menguras Hati- Vivi Aldiano

Kali pertama mendengar lagu ini tahun ini juga. Kawan nyanyikan dalam Karaoke di Songbox. Biasalah mula-mula dengar macam biasa je. Lagu Indon layan aje. tapi bila sampai part korus wah lain macam je. Suka. Sebab lain dari yang lain. Lagipun Korus tu tinggi dan lembut.

Terima kasihlah Fuad kerana kenalkan aku dengan lagu ni. Takpe buat masa permulaan ni aku kasi ko nyanyi dulu..besok-besok kau tak ada Chance la nak nyanyi lagi..hehehe. Jahatkan aku ni.

Mengisahkan seorang lelaki yang cemburu kepada kekasihnya dan atas sifat cemburu itu telah membuatkan kekasihnya marah. Lelaki itu memohon maaf sehinggalah kekasihnya memaafkannya. Video klipnya menarik. Layan la..Lu mesti suka punya.

Monday, February 07, 2011

Aku dan Lagu: Kerna Terpaksa – Francissca Peter



Lihatlah Dunia! Siapa yang sewaktu dengannya pasti tahu ia jeritan siapa. Tidak lain dari jeritan Azean Irdawati sewaktu menang Anugerah Pelakon Drama Terbaik. Tahun.tuuut..lupa. Jeritan yang sarat terkandung emosi yang dibawanya selama ini begitu bermakna dan dapat diselami seluruh peminat seni ketika itu.

Tiada kena mengena dengan lagu ini. Cuma hem teringat merakamkan di blog betapa lagu ini sangat meruntum jiwa-jiwa yang lara mendengarkan lirik lagu ini dibuai dengan bunyi gitar dan string lagu ini yang sangat mendayu-dayu.

Suara penyanyi seakan lara menderita menyatakan betapa dia terpaksa meninggalkan kesayangannya walaupun pedih hatinya dan masih menyayangi pujaan hatinya. Begitulah kehidupan di dunia ini kadang kala menuntut kita untuk membuat keputusan biarpun ianya sangat mengguris hati kerana hati sendiri lebih penting untuk dijaga, jika orang lain tidak pandai untuk menjaganya.

Kadang kala apa yang kita harapkan tidak akan terjadi sebagaimana yang kita harapkan. Tuhan telah menentukan sesuatu untuk kita. Dan kita sering memujuk hati supaya reda menerima ketentuanNya dengan mengatakan bahawa itulah yang terbaik untuk dirinya. Apa lagi yang mampu kita ucapkan selain dari kata-kata yang dapat memberikan kekuatan buat diri kita.

Andai kita mampu menghidu peristiwa yang akan datang pasti kita akan mengelakkan kemesraan sehingga memerangkap perasaan kasih sayang yang semula wujud dalam diri kita daripada merosakkan diri kita sendiri.

Hayatilah bait-bait puitis keterpaksaan kita yang bernama manusia yang menuntut kesabaran sewaktu ditimpa musibah dalam berkasih sayang…


Kerna Terpaksa
Manan Ngah/Juwie

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tibuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua

( korus 1 )
Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka

( korus 2 )
Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Andainya ku melakukan begitu
Bagaimanakah perasaanmu
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

Sunday, February 06, 2011

Sangat Puas - Konsert Francissca Peter



Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih sekali lagi pada Bad kawan lama di Istana Budaya. Dah bertahun-tahun aku ke Panggung Sari Istana Budaya masih tak lekat-lekat peraturan di sana yang tidak membenarkan penonton memakai sandel. Mujurlah ada Bad sempat dipinjamkannya kasut. Kalau tak aku akan terlepas 15 minit kerana ditahan kerana denda. Jadi anda awas jangan sesuka hati datang ke sana tidak mengikut disiplin yang tak ditetapkan.

Konsert bermula setengah jam lewat. Penonton mulai resah dan ada yang menjerit-jerit. Apabila pengacara mengumumkan konsert akan bermula 5 minit lagi semua sudah bertepuk tangan kerana tidak sabar menunggu. Akhirnya konsert dimulakan dan Manan Ngah muncul untuk memulakan bual bicara mengenai penglibatannya dalam penciptaan lagu-lagu yang menaikkan nama Francisca Peter. Selepas itu ikuti dengan sedutan-sedutan VT lama nyanyian lagu-lagu popular Fran.

Dan akhirnya Fran muncul dari atas pentas yang sangat simple. Memahami konsert itu diusahakan oleh penyokong-penyokong Fran aku pasti bahawa bajetnya amat terbatas. Namun demi sokongan kepada penyanyi yang bersuara buluh perindu itu semua penonton yang hadir sudah tidak kisah dengan apa rupa pentas itu. Yang Penting mereka mahu mendengar suara merdu Fran. Pengacara pada awalnya juga telah berterima kasih dengan menyebut banyak penyumbang-penyumbang pada malam itu seperti, Datuk Hj. Ramli M.S, Cheryl Samad, Imran Ajmain, Roy Sta Maria, Syarikat penerbangan Airasia dan lain-lain lagi

Malam itu juga penyanyi Dato' Sharifah Aini, Salamiah Hassan dan Misha Omar telah hadir untuk sama-sama mendengar alunan merdu lagu-lagu Fran yang popular dari tahun 80an hingga 90an. Jelas kehadiran itu memberi isyarat bahawa konsert ini memang dinanti-nantikan oleh semua orang di samping memberi sokongan kepada penyanyi yang berusaha untuk merealisasikan konsertnya sendiri.

Fran memulakan dengan lagu topnya Ku keudara lagi dan sebahagian besar dari lagu-lagu pada malam itu 17 daripadanya ialah lagu-lagu ciptaan Manan Ngah. Paling tidak dapat dilupakan ialah apabila dia mendendangkan lagu Tak Kenal Maka Tak Cinta bersama rakan duetnya Roy Sta Maria yang di datangkan khas dari Australia. Ketika separuh dari lagu ini dinyanyikan Fran telah meminta penonton di Panggung Sari menyanyi bersama beliau. Nyata majoriti daripada penonton yang hadir dapat menyanyi bersama beliau dan bunyi seperti sebuah kumpulan koir yang besar.

Fran sempat berkongsi cerita peribadi dengan peminat dengan mengatakan beliau pernah berkahwin dan telahpun berpisah pada tahun 2009. Sejurus itu dia menyanyikan lagu Saat Aku Kehilanganmu. Sangat menyentuh hati. Tidak lupa beliau berduet dengan Imran Ajmain lagu yang dipopularkan olehnya bersama Jamal Abdillah.. Rangkaian lagu-lagu popular dan tidak lupa lagu kegemaranku Aku hanya Pendatang dan Kau Lilin Cintaku. Sudahnya memang puas dan berbaloi mendengar 33 lagu nyanyian Fran diiringi 33 pemuzik sempena 33 tahun penglibatannya dalam bidang nyanyian. Tahniah Fran. Buat lagi konsert jangan tak buat.


Wednesday, February 02, 2011

Akhirnya aku telah mendapatkan tiket itu.

Dari siaran radio Sinar aku berangan ke konsert Fran. Akhirnya bila sampai di pejabat aku menghantar mesej kepada teman lama Bard menyuruh dia booking tiket ke konsert Fran. Beberapa hari dia cuma diam. Aku berserah sahaja kalau tiket habis kerana aku memang bersedia di saat-saat akhir suruh dia tempah. Mesej awal yang aku terima mengatakan hanya tiket RM150.00 sahaja yang ada. aku bersetuju. Dia berusaha mendapatkannya. Lepas itu aku dapat lagi mesej kedua mengatakan hanya tiket RM190.00 ke atas sahaja yang ada. Ah cuma beza RM40.00 akau bersetuju saja. Dan bila tuhan menentukan nasib dan rezeki kita begitulah yang akan jadi. Aku mendapat mesej berikutnya.

"Ada rezeki awak che. Tetiba ada tiket RM150.00. Bard dah book. No book ialah6YAG39. Show 5 Januari, 8.30 malam. Leh amik sendiri tak tiketnya selewat-lewatnya rabu.."

Jadi aku lalalala akan ke Istana Budaya Sabtu ini untuk konsert Fran. Jangan jeles..

Thursday, January 27, 2011

Lagu Kenangan - Kau Lilin Cintaku



Pagi tadi dengar lagu Fran 'Kau Lilin Cintaku' di Sinar alunan lagu merdu itu sangat menyentuh kotak memoriku sewaktu di alam remaja. Fran ketika berbicara dengan khairil, Kak Engku dan SY sempat menyanyikan secara live beberapa rangkap lagunya ternyata suaranya sangat merdu walaupun tanpa iringan muzik. Nyata dia memang mempunyai suara yang merdu bak buluh perindu. Satu-satunya penyanyi bukan Melayu yang menjadi penyanyi pujaan hatiku..

Masih diingat lagi kemunculan Fran pada awalnya bersama Roy Sta Maria rakan duet dalam album pertamanya menyanyi dengan pelat-pelat Mat Saleh- bukan SY ye jangan perasan. Lagu duetnya ketika itu pun meletup. Kemudian barulah Fran membawa haluan menyanyi secara solo.

Keserasian Fran ialah dengan lagu-lagu yang di ciptakan oleh Manan Ngah seperti Sekadar Di Pinggiran, Ku keudara lagi dan banyak lagi lagu merdunya semua itu akan dinyanyikan dalam konsertnya di Istana Budaya awal Februari ini. Pasti aku akan mendapatkan satu kerusi di sana.

Teringat pula pada rakan satu batch yang tidak pernah mendengarkan lagu Fran yang sangat popular ketika itu. Entah siaran apa yang dia selalu buka sehingga lagu itu dia tidak pernah dengar. Lagu Sekadar Di Pinggiran - diapun mintaklah aku nyanyikan lagu itu dalam kelas ketika pensyarah belum datang. Maka untuk membuktikan lagu itu betul-betul sedap akupun nyanyikan untuknya secara live dengan penuh perasan dan angan-angan sehingga tegak bulu roma sendiri - boleh korang bayangkan?. Sudahnya dia kata suara aku memang sedap - bukan lagu itu yang sedap!- %$#@*& :p

Dengarkanlah lagu Kau Lilin Cintaku yang sangat merdu..pianonya sangat mengasyik. Lagu pengharapan seorang wanita yang menemui cahaya cinta yang baru. Yang memberikan kekuatan kerana kerelaan kekasih yang sanggup berkorban membakar diri kerana cintanya. Terima kasih Fran, terima kasih Manan Ngah dan Seri Bayu kerana menghadiahkan halwa telingaku dengan lagu merdu ini sehingga sekarangpun aku masih tidak jemu mendengarnya.


Francessca Peters (Manan Ngah / Seri Bayu)

Kau Lilin Cintaku

Kau kerlipan cahaya kecil
Menyinari hidup ku
Ku hanyalah gadis sepi
Yang tertawan dengan sinar mu
Memberi kekuatan dan keyakinan diri
Pada hati yang tersangkar di dalam duka

( korus )
Kau lilin cinta ku dengan keindahanmu
Mengusir kenangan yang menggugat perasaan
Kau lilin cinta ku
Memberi nafas baru
Di dalam dunia hati ku yang kegelapan

Kau yang dulu kedinginan
Tidak lagi keseorangan
Kau datang dalam hidup ku
Menyalakan harapan baru
Sungguh aku terharu dengan pengorbanan mu
Rela terbakar demi sebuah cinta

Saturday, January 22, 2011

Lagu Kenangan - Rindu serindu-rindunya



Awal kemunculan lagu dan kumpulan aku kurang menggemarinya ya lah waktu itu kemunculan band-band rock macam cendawan tumbuh - di tahun 90an. Tetapi yang berkualiti boleh dibilang dengan jari. Lagipun semuanya muncul dengan rock yang meleweh-leweh. Mana yang sedap tu melekatlah di jiwa tetapi mana yang hampeh tu bila ke udara saja di udara aku terus tutup radio. Kesiankan dia orang tuh. Kijam aku kijam tapi nak buek camne lubang telinga ku lebih penting dari segala-galanya.

Lagu rindu serindunya ciptaan Eddie Hamid nyanyian Along Spoon dan lirik Man Toba meletup-letup dan dek kerana populariti itu jugalah kematian penyanyi utama sebagai misteri itu menjadi ingatan kepada peminat seni suara tanah air. Along dilaporkan hilang oleh bapanya dan di temui selepas tu oleh pihak berkuasa dipercayai dibunuh dalam usia 19 tahun. Tetapi bapa dan keluarganya tidak dapat menerima bahawa itu adalah anak mereka dan mempercayai Along masih hidup. Sangat trajis. huhuhu.

Bagaimanapun kes pembunuhan Along itu tetap di bawa ke mahkamah dan dibicarakan. Anda boleh mencari berita tersebut dengan kemudahan internet yang ada boleh klik di sini atau membuat pencariannya sendiri. Sambil dengar lagu ini kita sedekahkan Al Fatihah kepada yang telah pergi.

Lagu rindu serindunya mengisahkan perasaan rindu sang kekasih kepada kekasih yang telah meninggalkan dirinya disaat nama sang kekasih bertakhta di hati. Merasa malu dengan kerinduan itu kerana sang kekasih membisu. Inginkan jawapan dari sang kekasih kerana terus membisu. Dia ingin tenang dan jawapan kepada semua yang berlaku. Itulah rayuan dalam lagu ini.

Kepada Eddie Hamid tak ada lagu baru lagi ke? :) Kasi letup sama macam ini lagu.

Tuesday, January 18, 2011

Kau Selalu di Hatiku


Sunday, January 16, 2011

Lagu Kenangan - Buatku Tersenyum



Nama Shiela On 7 sudahpun suam-suam kuku. Tetapi lagu-lagunya yang pernah popular tidak mudah dilupakan begitu sahaja kerana liriknya amat mudah bersahaja sehingga meninggalkan kesan abadi.

Aku suka dengan lagu yang tidak membebankan vokal untuk menyanyikannya. Tiada nada tinggi seperti lagu-lagunya yang lain umpama Berhenti Berharap yang bagai nak putus urat leher Mak menarik korusnya dan boleh ceret kalau tak kena gaya. Jika anda inginkan suasana ceria sewaktu karaoke pilihlah lagu ini dan aku pasti mereka yang mendengar akan turut menyanyikannya. Yang penting untuk lagu ini ialah perlukan nafas yang panjang. Jadi selalu-selalulah bernafas dengan gaya bercungap-cungap kerana tuntutan lagi ini memang begitu.
Lagu ini menceritakan seseorang yang sangat memerlukan sang kekasih atau sahabat yang sentiasa di sisinya walau dalam keadaan apapun. Dan memohon jangan meninggalkannya sekalipun dia dalam keadaan marah. Memang begitulah sewajarnya kita harus meladeni sebarang perasaan yang timbul pada orang lain. Sifat ambil peduli kerana orang sekeliling sangat memainkan peranan penting dalam hidup kita. Dan kita saling memerlukan.

Wednesday, January 12, 2011

Yang aku punya


Sunday, January 09, 2011

Aku MencariMu




Saturday, January 08, 2011

Lagu kenangan- Rindu Yang Terlarang



Selamat Tahun baru Semua. Sudah lama blog ini tidak dikemaskini. Bersawang di sana sini. Nak masuk ke sini tadi jenuh membersihkan sawang-sawang dan habuk-habuknya. Nasib baik masih ingat lagi kata kunci untuk pengemaskinian.

Hari ini mendung seharian. Bukan cuacanya tetapi hatinya. Dan menjelang petang aku tiba-tiba teringat nak mengalunkan beberapa lagu kerana dengan menyanyi kat orang tekanan perasan dapat dilepaskan. Apatah lagi kalau seni kata lagu membawa maksud yang selari dengan perasaan kita. Tak sangka juga tadi tanganku memilih CD yang lagu-lagunya yang tepat dengan cita rasa.

Lagu ini mengisahkan mungkin sepasang kekasih yang telah berpisah dan harus memadamkan rasa rindu kerana sang kekasih telah mempunyai teman. Rasa rindu hanya melalui puisi lagu!

Wednesday, November 10, 2010

10 NASEHAT ULAMA :


 

1. Barang siapa ingin menjadi orang kaya, maka hendaknya ia selalu

senang dengan apa yang diberikan Allah kepadanya, baik

berupa harta benda, kedudukan, maupun yang lainnya


 

2. Barang siapa ingin pandai dalam urusan agamanya,maka

hendaknya ia mau menerima kebenaran dari siapapun

datangnya


 

3. Barang siapa ingin menjadi seorang yang bijak, maka hendaknya

dia menjadi orang yang berilmu


 

4. Barang siapa ingin aman dari gangguan manusia, maka hendaknya

dia tidak menceritakan aib orang lain


 

5. Barang siapa ingin memperoleh kemuliaan di dunia dan akhirat,

maka hendaknya mengutamakan urusan akhirat diatas

kepentingan duniawi


 

6. Barang siapa ingin memperoleh surga dunia dan surga akhirat,

maka hendaknya dia banyak memberi, krn org yg banyak

memberi itu dekat dengan surga dan jauh dari neraka


 

7. Tidak akan bisa berkumpul antara iman dan bakhil (kikir) di

hati seorang mukmin selamanya. Adakah penyakit yang lebih

berbahaya daripada bakhil? - HR. Bukhari Muslim


 

8. Barang siapa menyangka bahwa ia punya penolong yang lebih

lebih kuat daripada Allah, berarti ia belum mengenal Allah

dengan baik. Dan brgsiapa menyangka bahwa dirinya

mempunyai musuh yang lebih kuat daripada dorongan

nafsunya, berarti ia belum mengenal dirinya dengan baik


 

9. Barang siapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah

akan mempermudah semua urusannya, menjadikan hatinya

kaya, dan dunia akan datang kepadanya dengan mudah.

Barang siapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, maka

Allah akan menjadikan dirinya senantiasa sibuk dengan dunia

dan dunia akan datang kepadanya sebatas yang telah

ditentukan untuknya


 

10. Jadilah orang yang paling baik disisi Allah

Jadilah orang yang paling buruk dalam pandangan dirimu

Jadilah manusia biasa di hadapan orang lain.

Thursday, November 04, 2010

Yang Miskin Yang Korban

Hari raya kurban makin hampir aku nak kongsi emel ni dengan kamu semua..baca ya..

Pada kesempatan ini, sebenarnya saya ingin berbagi kisah kepada ikhwan dan akhwat mengenai kisah yang pernah saya alami ketika saya Berjualan Hewan Qurban. Kisah ini terjadi tahun 1995, sudah cukup lama memang, namun setiap ingin memasuki Idul Adha saya selaluteringat dengan kejadian yang pernah saya alami ini, dan sampai saat ini saya tidak pernah melupakannya.

Awalnya saat saya sedang menjajakan dagangan bersama teman (kami berempat waktu itu), kami mengeluh karena sudah 3 hari kami berdagang baru 6 ekor yang terjual, tidak seperti tahun sebelumnya, biasanya sudah puluhan ekor laku terjual dan hari raya sudah didepan mata (tinggal 2 hari lagi). Kami cukup gelisah waktu itu. Ketika sedang berbincang salah seorang teman mengajak saya untuk sholat ashar dan saya pun bersama teman saya berangkat menuju masjid yang kebetulan dekat dengan tempat kami berjualan. Setelah selesai sholat, seperti biasa saya melakukan zikir dan doa. Untuk saat ini doa saya fokuskan untuk dagangan saya agar Allah memberikan kemudahan semoga kiranya dagangan saya laku/ habis terjual.

Setelah selesai saya dan teman kembali bergegas untuk kembali ke tempat kami jualan, dari kejauhan kami melihat ditempat kami berjualan banyak sekali orang disana dan terlihat teman kami yang berada disana kesibukan demi melayani calon pembeli. Akhirnya saya dan teman saya berlari untuk cepat membantu melayani teman kami. Alhamdulillah pada saat itu sudah ada yang membeli beberapa ekor kambing. Terima kasih Ya Robb, Engkau telah mendengar dan menjawab doa kami. Syukur saya dalam hati.

Namun setelah semuanya terlayani dan keadaan kembali normal, saya melihat seorang ibusedang memperhatikan dagangan kami, seingat saya ibu ini sudahlama berada disitu, pada saat kami sedang sibuk ibu ini sudah ada namun hanya memperhatikan kami bertransaksi. Saya tegur teman saya, Ibu itu mau beli ya? dari tadi liatin dagangan terus, emang gak ditawarin ya?, sepertinya dari tadi udah ada disitu. Kayaknya cuma liat-liat aja, mungkin lagi nunggu bus kali. Jawab teman singkat. Memang sih kalau dilihat dari pakaiannya sepertinya gak akan beli (mohon maaf.. ibu itu berpakaian lusuh sambil menenteng payung lipat ditangan kanannya) kalau dilihat dari penampilannya tidak mungkin ibu itu ingin berqurban.

Namun saya coba hampiri ibu itu dan coba menawarkan. "Silahkan bu dipilih hewannya, ada niat untuk qurban ya bu?". Tanpa menjawab pertanyaan saya, ibu itu langsung menunjuk, "Kalau yang itu berapa bang?". Ibu itu menunjuk hewan yang paling murah dari hewan yang lainnya. Kalau yang itu harganya Rp.600.000,- bu, jawab saya. Harga pasnya berapa bang ?, gak usah tawar lagi ya bu… Rp. 500.000 deh kalau ibu mau. Fikir saya memang dari harga segitu keuntungan saya kecil, tapi biarlah khusus untuk ibu ini. "Uang saya Cuma ada 450 ribu, boleh gak?". Waduh… saya bingung, karena itu harga modal kami, akhirnya saya berembug dengan teman yang lain. Biarlah mungkin ini jalan pembuka untuk dagangan kita, lagi pula kalau dilihat dari penampilannya sepertinya bukan orang mampu, kasihan, hitung-hitung kita membantu niat ibu itu untuk berqurban. Sepakat kami berempat. Tapi bawa sendiri ya.. ? Akhirnya si ibu tadi bersedia, tapi dia minta diantar oleh saya dan ongkos bajaj-nya dia yang bayar dirumah. Setelah saya dikasih alamat rumahnya si ibu itu langsung pulang dengan jalan kaki. Saya pun berangkat.

Ketika sampai di rumah ibu tersebut. Subhanallaah….. Astaghfirullaah….. Alaahu Akbar, merinding saya, terasa mengigil seluruh badan saya demi melihat keadaan rumah ibu tersebut. Ibu itu hanya tinggal bertiga dengan orang tuanya (ibunya) dan satu orang anaknya di rumah gubuk dengan berlantai tanah dan jendela dari kawat. Saya tidak melihat tempat tidur/ kasur, yang ada hanya dipan kayu beralas tikar lusuh. Diatas dipan sedang tertidur seorang perempuan tua kurus yang sepertinya dalam kondisi sakit. "Mak … bangun mak, nih liat Sumi bawa apa" (oh ternyata ibu ini namanya Sumi), perempuan tua itu terbangun dan berjalan keluar. "Ini ibu saya bang", ibu itu mengenalkan orang tuanya kepada saya. Mak Sumi udah beliin kambing buat emak qurban, ntar kita bawa ke Masjid ya mak. Orang tua itu kaget namun dari wajahnya terlihat senang dan bahagia, sambil mengelus-elus kambing orang tua itu berucap, Alaahu Akbar, Alhamdulillaah, akhirnya kesampaian juga emak qurban.

"Nih bang duitnya, maaf ya kalau saya nawarnya telalu murah, saya hanya kuli cuci, saya sengaja kumpulkan uang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat qurban ibu saya". Aduh GUSTI……. Ampuni dosa hamba, hamba malu berhadapan dengan hambaMU yang satu ini. HambaMU yang Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergetar bumi ini setelah mendengan niat dari ibu ini. Rasanya saya sudah tidak sanggup lagi berlama-lama berada disitu. Saya langsung pamit meninggalkan kebahagiaan penuh keimanan mereka bertiga.

"Bang nih ongkos bajajnya.!, panggil si Ibu. Sudah bu cukup, biar ongkos bajaj saya yang bayar. Saya cepat pergi sebelum ibu itu tahu kalau mata ini sudah basah, karena tak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan saya dengan hambaNYA yang dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya.

Semoga bermanfaat.

Dikutip dari sebuah posting di milis keadilan4all, tanpa menyebutkan sumber hanya disebut dari milis sebelah. Semoga Allah memberikan kebaikan yang banyak kepada penulis yang telah sharing tulisan bermutu ini. Dan semoga Allah memberikan surganya untuk bu Sumi dan ibundanya.

Saturday, October 23, 2010

Lagu Kenangan - Jangan Pisahkan



Inilah lagu yang pertama aku nyanyikan di hadapan khalayak. Majlis tak formal di pejabat sempena sambutan ulangtahun yang pertama penubuhan pejabatku di Menara Pengkalen. Pasangan duetku namanya Anita atau kami panggil Mek saja.

Pada awalnya dialah yang mengajak aku untuk menyanyi hari itu dan lagu yang menjadi pilihannya ialah lagu ayam nyanyian Jalil Hamid. Aku tergelak besar dan menyuruh dia menukar lagu lain kerana itu lagu lawak dan pertama kali nyanyi nak melawak aku tak sanggup. Nanti lagu ke mana suara ke mana gaya lagi hilang entah ke mana. Mek sporting dan tukar lagu. Inilah lagunya.

Aku nyanyi penuh konsentrasi malu nak pandang kiri kanan maklumlah pertama kali. Tapi akhirnya mereka memuji kami. Ah terima kasih Mek! seorang teman datang ke stesen kerja mengucapkan tahniah kepada ku kerana dapat menyanyikan lagu itu dengan baik. Sejak itulah aku tidak lagi menjadi manusia kerana hidupku selepas itu adalah hantu..hantu karaoke...

Tuesday, October 12, 2010

Gambaran Neraka - Saya cuma memetik

Saya cuma memetik dari laman forum di internet yang sangat menarik bunyinya.

1.Neraka jahanam itu mempunyai 7 tingkat.
2.Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.
3.Setiap daerah mempunyi 70,000 kampung.
4.Setip kampung mempunyai 70,000 rumah.
5.Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.
6.Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.
7.Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok Zarqum.
8.Di bawah setiap pokok Zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.
9.Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu, mengandungi lautan racun yang hitam pekat
10.Juga di bawah pokok Zarqum mempunyai 70,000 rantai.
11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat (yang diseret itu adalah manusia).

Monday, October 11, 2010

Lagu Kenangan- Cintaku 100%



Lagu dangdut! Selalu dianggap lagu kelas kedua atau kelas bawahan atau juga lagu yang tiada kelas sehingga tidak mahu disiarkan di stesen radio swasta. Mengapa nasib itu dilayan sedemikian rupa tiada siapa yang tahu. Ibarat seorang bayi yang dilahirkan penuh cacat pada pandangan mata orang terus dipinggirkan. Tidak diterima oleh sebahagian masyarakat. Hanya segelintir yang mahu menatang dan ambil peduli kepada kelahiran yang penuh nista itu.

Aku tidak pernah memandang dangdut sebelah mata. Ketika menyedari dangdut tidak digemari oleh kebanyakan orang aku mulai faham bahawa itulah cita rasa yang berbeza dan dari situ juga aku pelajari kita tidak harus mengeji atau mengejek cita rasa orang lain kerana belum tentu apa yang kita suka itu adalah terbaik dan sempurna itu.

Berbalik pada lagu Mas Idayu ini aku mempunyai kenangan yang sangat indah kerana apabila mendendangkan lagu ini ternyata ia dapat menghiburkan hati yang sedang lara. Teman-teman mula bergoyang-goyang atau mengangguk-angguk kepala tanda menghayati dan terhibur.

Suatu ketika ketika bercuti di Pulau Langkawi di Hotel Langkasuka ada sebuah Lounge Karaoke aku melepak di situ bersama 3 orang kawan. Ketika melangkah masuk ke situ aku lihat ada satu kumpulan pemuda Cina yang sedang menyanyi dengan girang. Aku bersama kawan-kawan mengambil tempat dan mula membuat pesanan minuman dan lagu-lagu. Setiap lagu yang hendak dinyanyikan harus ditulis dengan kertas dan hantar kepada pelayan (budak melayu).

Agaknya kerana terlalu bosan dengan kumpulan pertama yang asyik menyanyikan lagu kantonis dan inggeris kehadiran aku dan membuat permintaan lagu-lagu melayu menyebabkan pelayan di situ terhibur dan mengutamakan permintaan dari kumpulan kami. Kesudahannya kumpulan pemuda Cina itu berundur kerana lagu-lagu permintaan mereka tidak dilayan lagi oleh pelayan itu.

Berbalik kepada lagu Cintaku 100% itu aku memintanya untuk dinyanyikan dan tidak sangka kerana terhibur dengan lagu-lagu itu pemuda itu menyiarkan satu album dari album Mas Idayu untuk aku nyanyikan. Aduhai...Akupun nyanyikanlah sekadar yang terdaya. Dan di akhir sesi itu ketika waktu operasinya tamat pelayan itu melayan kami dengan layanan yang sangat istimewa sehingga dia membukakan pintu lounge untuk kami melangkah keluar dengan hormat dan mengucapkan terima kasih kepada kami.

Related Posts with Thumbnails